AS terus bertahan di perairan Mediterranean, bimbang Rusia serang Ukraine - Utusan Malaysia

AS terus bertahan di perairan Mediterranean, bimbang Rusia serang Ukraine

KAPAL-KAPAL AS yang kekal ditempatkan di lautan Mediterranean sebagai persediaan menghadapi serangan Rusia.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat (AS) akan terus kekal di perairan Mediterranean dalam usaha menyakinkan negara Eropah yang kini dibelenggu kebimbangan terhadap sebarang serangan dari Rusia ke atas Ukraine.

Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin mengarahkan kumpulan penyerang kapal induk USS Harry S Truman untuk kekal berada di rantau itu.

Beliau kemudian menangguhkan pelayaran seterusnya yang dijadualkan ke Asia Barat.

Perubahan jadual mencerminkan keperluan untuk kehadiran AS yang berterusan di Eropah.

“Tindakan ini perlu dilakukan untuk meyakinkan sekutu dan rakan kongsi tentang komitmen kami terhadap pertahanan kolektif,” kata seorang pegawai pertahanan.

AS tetap mengambil langkah tersebut walaupun wujud persetujuan antara negara itu dengan Rusia mengadakan perundingan 10 Januari depan di Geneva berhubung ketegangan yang berlaku serta konflik Ukraine.

Presiden AS, Joe Biden dengan tegas akan bekerjasama dengan sekutu Eropah dan wakil Petubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang dijadualkan mengadakan pertemuan dengan Rusia.

Pegawai pertahanan itu mendedahkan Rusia mengumpulkan puluhan ribu tentera berhampiran sempadan Ukraine.

Tindakan itu sekali gus menimbulkan kebimbangan apabila Moscow pernah merampas Semenanjung Crimea dan pemberontakan pro-Moscow tercetus di timur Ukraine, 2014.

Sementara itu, Presiden Rusia, Vladimir Putin menafikan rancangan melakukan pencerobohan dan meminta jaminan keselamatan terhadap pergerakan tentera NATO ke arah timur yang disokong AS.-CNA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya