AS gesa Rusia berundur dari sempadan Ukraine - Utusan Malaysia

AS gesa Rusia berundur dari sempadan Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) menggesa Rusia berundur dari kawasan sempadan dengan Ukraine, serta memberi amaran kumpulan negara G7 dan sekutunya akan mengenakan tindakan tegas sekiranya negara itu melanggar diplomasi.

Seorang pegawai kanan Jabatan Negara AS menegaskan Moscow masih mempunyai masa untuk mengubah ketetapan mereka.

“Namun, jika mereka memilih untuk tidak meneruskan langkah itu, maka tindak balas mengakibatkan kesan yang besar boleh berlaku. Malah, kumpulan G7 juga `bersatu’ dalam perkara ini.

“Sebahagian besar negara yang demokrasi akan menyertai kami dalam mengenakan tindakan ini,” katanya kepada pemberita pada mesyuarat diplomat tertinggi kumpulan negara G7 di Liverpool.

Amaran itu dibuat ketika wujud kebimbangan Rusia cuba menyerang Ukraine dan cara serangan terhadap China yang semakin tegas, mendominasi hari pertama mesyuarat selama dua hari Menteri Luar G7 di bandar Britain itu.

Sementara itu, Setiausaha Luar Britain, Liz Truss memberitahu perwakilan bahawa mereka harus terus bersatu menentang pencerobohan yang cuba mengehadkan sempadan kebebasan dan demokrasi.

“Untuk melakukan ini, kita perlu bersatu untuk bersuara sepenuhnya.

“Kita perlu mengembangkan kedudukan ekonomi dan keselamatan di seluruh dunia,” katanya.

Kebimbangan barat semakin meningkat selepas Rusia menempatkan tentera di sempadan Ukraine yang dikatakan Kremlin sebagai langkah pertahanan terhadap sebarang tindakan bekas negara Kesatuan Soviet tersebut. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya