AS boikot diplomatik Olimpik Musim Sejuk Beijing - Utusan Malaysia

AS boikot diplomatik Olimpik Musim Sejuk Beijing

PESERTA membawa sepanduk menggesa Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing diboikot dalam demonstrasi di Los Angeles, Amerika Syarikat pada 3 November lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mengumumkan boikot diplomatik terhadap Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 yang akan diadakan pada Februari depan.

Tindakan itu dilihat sebagai kecaman terhadap pencabulan hak asasi manusia yang dilakukan oleh China.

Keputusan Washington itu dibuat selepas pertimbangan beberapa bulan berhubung temasya tersebut berikutan China didakwa melakukan penghapusan etnik terhadap penduduk Uighur yang beragama Islam di wilayah Xinjiang.

Dalam pada itu, China mengutuk tindakan boikot diplomatik AS terhadap temasya tersebut.

Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian berkata, China akan mengambil ‘tindak balas tegas’ terhadap boikot diumumkan itu.

Lijian menegaskan AS mencabuli polisi kesukanan dan tindakan boikot diplomatik itu hanya berdasarkan pembohongan dan khabar angin semata-mata.  

Keputusan boikot diplomatik itu disambut baik oleh kumpulan hak asasi manusia dan rata-rata ahli politik di AS.

Sebelum ini, Presiden AS, Joe Biden berada dibawah tekanan untuk menyatakan bantahan terhadap pencabulan hak asasi dilakukan China.

Setiausaha Akhbar White House, Jen Psaki berkata, AS tidak akan menghantar wakil diplomatik atau rasmi ke temasya itu disebabkan isu ‘pembunuhan beramai-ramai dan jenayah terhadap kemanusiaan di Xinjiang serta pencabulan hak asasi lain’ yang  masih berterusan.       

“Kita tidak boleh berbuat demikian. Namun, atlet pasukan AS tetap akan mendapat sokongan penuh dari kami,” katannya.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri New Zealand, Grant Robertson berkata, negaranya juga tidak akan menghantar wakil diplomatik peringkat menteri ke Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing.

Menurut Robertson, tindakan itu bukan disebabkan keputusan yang dilakukan oleh AS tetapi mengambil kira situasi Covid-19. – AFP/REUTERS 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya