RIYADH: Arab Saudi mengesahkan kes pertama penularan Covid-19 varian Omicron, menurut laporan Saudi Press Agency yang memetik sumber Kementerian Kesihatan.
Arab News melaporkan, kes itu melibatkan warganegara Arab Saudi yang tiba dari negara Afrika Utara.
Menurut laporan, pihak berkuasa telah bertindak mengasingkan individu tersebut serta kontak rapat.