Anak Setiausaha Presiden Korea Selatan masukkan nama bapa dalam CV untuk dapatkan kerja - Utusan Malaysia

Anak Setiausaha Presiden Korea Selatan masukkan nama bapa dalam CV untuk dapatkan kerja

KIM JIN KOOK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Anak lelaki kepada Setiausaha Kanan Presiden Korea Selatan, Kim Jin-kook dilaporkan memasukkan nama bapanya di dalam vitae kurikulum (CV) untuk mendapatkan pekerjaan.

Akibatnya, Jin-kook meletak jawatan dan memohon maaf atas tindakan anaknya, selain berjanji akan bertanggungjawab.

Surat letak jawatan Jin-kook itu diserahkan pada Selasa lalu dan diterima oleh Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in.

Kes tersebut mula mendapat perhatian selepas didedahkan oleh stesen televisyen tempatan, MBC sebelum itu.

Stesen tersebut melaporkan, anak Jin-kook memasukkan namanya ke dalam CV bagi memohon jawatan di lima buah syarikat.

Dalam satu daripada CV yang didedahkan, anak Jin-kook turut menulis bapanya bekerja untuk Presiden Korea Selatan dan sudah ‘menghulurkan banyak bantuan’ kepada pihak yang memerlukan.

Anak lelaki Jin-kook turut menulis jika dia diambil bekerja, bapanya akan membantu memajukan syarikat tersebut.

Dalam pada itu, menerusi satu sidang akhbar, Jin-kook memohon maaf atas tindakan anaknya dan memaklumkan hal itu berlaku kerana salahnya mendidik anak-anak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya