Anak mati di rumah, ibu sibuk membeli-belah - Utusan Malaysia

Anak mati di rumah, ibu sibuk membeli-belah

DUA pasangan kembar ini maut dalam kebakaran yang berlaku di rumah mereka di Sutton, selatan London. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Tragedi kebakaran sebuah rumah yang meragut dua pasang kembar di selatan London kelmarin mendapat perhatian pelbagai pihak.

Berdasarkan laporan terbaharu, ibu empat kanak-kanak malang itu dikatakan ‘sibuk membeli-belah’, sekali gus didakwa mengabaikan anak-anaknya.

Kyson Bryson, empat tahun dan Leyton dan Logan, tiga tahun bersendirian di rumah di Sutton ketika kebakaran berlaku.

Keempat-empat kembar itu diberikan bantuan pernafasan oleh orang awam dan pasukan paramedik, namun mereka disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Menurut beberapa jiran, ibu mereka, Deveca Rose keluar membeli-belah dan mendapati rumahnya terbakar ketika pulang.

Seorang daripada jiran itu memberitahu, ibu mangsa hanya pulang antara pukul 8.30 dan 9 malam waktu tempatan, sedangkan kebakaran dianggarkan berlaku sebelum pukul 7 malam.

“Rose masih boleh menghisap rokok dan tidak menunjukkan sebarang emosi apabila melihat keadaan rumahnya,” menurut jiran tersebut.

Wanita berusia 27 tahun itu kini ditahan polis bagi membantu siasatan.

Dalam pada itu, datuk kepada empat kembar tersebut, Jason Hoath menyifatkan kematian mereka sebagai amat tragis.

Sementara itu, siasatan bomba mendapati punca kebakaran mungkin berpunca daripada lampu hiasan Krismas yang dipasang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya