Amukan Taufan Rai ragut nyawa manusia - Utusan Malaysia

Amukan Taufan Rai ragut nyawa manusia

PASUKAN penyelamat membantu menyelamatkan penduduk yang terjejas akibat kawasan kediaman dilanda banjir di bandar Cagayan de Oro.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Taufan Rai yang merupakan taufan paling kuat melanda Pulau Siargao di selatan Filipina sudah meragut 30 nyawa dan angka itu dijangka akan terus meningkat.

Taufan rai yang dinamakan penduduk tempatan sebagai Odette menyebabkan penduduk di kepulauan tersebut dibelenggu ketakutan kerana angin berkelajuan maksimum 195 kilometer sejam (km/j) menyebabkan puluhan pokok dan tiang elektrik tumbang.

Ribut taufan yang melanda seluruh kepulauan Mindanao turut menyebabkan kawasan perkampungan dilanda banjir.

Bencana itu menyebabkan 330,000 penduduk terpaksa berpindah dan pusat peranginan di tepi pantai musnah akibat Taufan Rai melanda wilayah selatan dan tengah negara itu.

Beberapa kawasan turut terputus hubungan komunikasi dan gambar yang disiarkan dalam laman web Dinagat menunjukkan rumah berbumbung rendah diterbangkan angin dan rosak akibat angin kencang.

Di wilayah tengah Bohol yang dilanda taufan, pengawal pantai berkata, anggota pasukannya berusaha menyelamatkan penduduk yang terperangkap di atas bumbung dan pokok menggunakan bot.

Dalam pada itu, Presiden Filipina, Rodrigo Duterte berkata, beliau akan mencari dana bagi menyalurkan bantuan di wilayah itu.

Duterte merancang mengadakan lawatan ke wilayah yang terjejas teruk itu hujung minggu ini.

Saintis sebelum ini memberi amaran taufan akan menjadi semakin kuat apabila dunia menjadi lebih panas akibat perubahan iklim yang berpunca dari tangan manusia.

Taufan Rai melanda Filipina pada akhir musim taufan dengan kebanyakan ribut siklon terbentuk antara bulan Julai hingga Oktober.

Filipina dilanda sekitar 20 ribut dan taufan setiap tahun yang memusnahkan tanaman, merobohkan kediaman dan infrastruktur di negara itu.

Negara-negara jiran termasuk Malaysia turut terkena tempias Taufan Rai sehingga menyebabkan hujan lebat berterusan selama dua hari dan banjir di beberapa kawasan.-AFP

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya