Afrika Selatan hadapi gelombang keempat jangkitan Covid-19 - Utusan Malaysia

Afrika Selatan hadapi gelombang keempat jangkitan Covid-19

PRESIDEN Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa menerima vaksin Covid-19 di Cape Town. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CAPE TOWN: Afrika Selatan dilanda gelombang keempat jangkitan Covid-19 susulan penemuan varian baharu, Omicron yang kini sudah dikesan dia sembilan wilayah di negara ini.

Menteri Kesihatan Afrika Selatan, Joe Phaahla berkata, pihak berkuasa kesihatan bertungkus lumus memastikan varian baharu itu dapat ditangani tanpa melibatkan jumlah kematian yang banyak.

Sehubungan itu, beliau menggesa supaya rakyat negara ini segera melengkapkan vaksinasi Covid-19 dan negara boleh mengawal gelombang keempat ini tanpa melaksanakan perintah berkurung menjelang Krismas.

“Kita masih boleh mengawal keadaan tanpa kerajaan perlu mengambil langkah yang ketat sekiranya kita terus memastikan semua peraturan dipatuhi sepenuhnya.

“Lebih penting, kita perlu segera melengkapkan vaksinasi bagi mengawal penularan ini,” katanya.

Pihak berkuasa kesihatan Afrika Selatan mendedahkan, kadar jangkitan di negara ini meningkat mendadak selepas pengumuman penemuan Omicron. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya