62 maut, puluhan cedera lori tangki meletup di Haiti - Utusan Malaysia

62 maut, puluhan cedera lori tangki meletup di Haiti

ORANG ramai berada di lokasi kejadian letupan lori tangki minyak di bandar Cap-Haitien di Haiti. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT-AU-PRINCE: Sekurang-kurangnya 62 orang maut selepas sebuah lori tangki minyak meletup di bandar Cap-Haitien di Haiti.

Ia berlaku ketika orang ramai berkumpul di sekitar kenderaan tersebut untuk mengaut minyak yang melimpah ke jalanan memandangkan negara itu kini menghadapi kekurangan bekalan bahan api serius.

Letupan di bandar kedua Haiti itu merupakan insiden terbaharu yang melanda negara Carribbean yang berpecah-belah akibat keganasan kumpulan penjenayah dan krisis politik.

Perdana Menteri, Ariel Henry yang mengunjungi lokasi kejadian berkata, beliau berasa sedih selepas melihat keadaan puluhan mangsa cedera yang sedang menerima rawatan di hospital.

Beberapa gambar di lokasi kejadian menunjukkan bangkai lori tangki yang hangus di kawasan Samarie, dengan bangunan sekitarnya terbakar dalam letupan tersebut.  

Orang ramai berkumpul di lokasi kejadian yang mana beberapa mayat mangsa diletakkan di dalam beg mayat ditinggalkan di jalan.    

Dalam pada itu, Timbalan Datuk Bandar, Patrick Almonor berkata, pihak berkuasa sedang mencari mangsa di bangunan berhampiran di Cap-Haitien.

Almonor turut menggambarkan adegan ngeri insiden letupan itu dengan menyatakan beliau melihat kira-kira 50 orang `terbakar hidup-hidup’ sehingga mustahil untuk mengenal pasti mayat mereka.

Dilaporkan, pemandu lori tangki berkenaan hilang kawalan apabila cuba mengelak sebuah teksi motosikal lalu terbabas dan terbalik.

“Ia menyebabkan muatan minyak melimpah ke jalanan dan mendorong orang ramai mengautnya,” katanya.

Jelas Almonor, kira-kira 40 rumah di kawasan itu juga musnah namun butiran mengenai jumlah mangsa masih belum diketahui. 

Sementara itu, Henry turut mengisytiharkan tempoh berkabung selama tiga hari. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya