MEXICO: Seramai 49 orang maut selepas sebuah treler terbalik di selekoh berbahaya di selatan Mexico, Chiapas.
Kebanyakan mangsa adalah migran dari Amerika Tengah dan kemalangan jalan raya itu disifatkan paling terburuk yang melanda negara ini.
Ketua Agensi Perlindungan Orang Awam Chiapas, Luis Manuel Garcia berkata, kemalangan yang meragut nyawa mangsa lelaki, wanita dan kanak-kanak itu berlaku di luar bandar Tuxtla Gutierrez.
Katanya, kemalangan itu juga menyebabkan 58 individu lain mengalami kecederaan dan dibawa ke hospital.
Rakaman imej oleh Reuters menunjukkan sebuah treler putih terbalik di lebuh raya dengan beberapa mangsa dilihat menerima rawatan kecemasan.-REUTERS