DHAKA: Sekurang-kurangnya 39 orang maut dan 100 yang lain cedera selepas kapal sarat penumpang terbakar di selatan Bangladesh.
Lapor BBC, kebakaran kapal tiga tingkat itu berlaku di Sungai Sugandha berdekatan pekan Jhalakathi selepas berlepas dari Dhaka ke Barguna.
Beberapa penumpang mati lemas selepas berusaha menyelamatkan diri dengan melompat ke dalam air.
Bilangan angka kematian dijangka meningkat kerana beberapa penumpang mengalami kesan terbakar yang teruk.
Kapal MV Avijan-10 itu difahamkan membawa seramai 500 penumpang.
Kebakaran dipercayai berpunca bermula dari bahagian enjin dan merebak pantas ke bahagian lain.