27 defendan lolos kandang tertuduh ketika perbicaraan di mahkamah Britain - Utusan Malaysia

27 defendan lolos kandang tertuduh ketika perbicaraan di mahkamah Britain

SEORANG tertuduh meloloskan diri dari Mahkamah Hove Crown di Sussex Timur pada September lalu. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pihak berkuasa Britain mendedahkan, sejumlah defendan berjaya lolos dari kandang tertuduh ketika menjalani perbicaraan di mahkamah sebanyak 27 kali dalam tempoh dua tahun.

Masalah itu tetap berlaku biarpun Kementerian Keadilan Britain mengeluarkan peruntukan hampir dua juta pound (RM11 juta) untuk membina kandang tertuduh yang dilengkapi dengan kawalan keselamatan ketat.

Peruntukan itu digunakan untuk tujuan tersebut melibatkan semua mahkamah di seluruh Britain.

Satu insiden berlaku di Mahkamah Hove Crown di Sussex Timur pada September lalu, menyaksikan seorang suspek mencuri lolos dari tahanan.

Suspek itu, Jack Tyler, 28, hingga kini masih menjadi buruan polis dan kali terakhir dilihat kakinya dalam keadaan berdarah selepas meloloskan diri.

Menurut saksi, kawalan keselamatan yang culas menyebabkan Tyler berjaya melepaskan diri.

Di Mahkamah Wood Green Crown di London pula, dua tertuduh yang didakwa memandu secara berbahaya melepaskan diri dari kandang tertuduh dalam tempoh lima bulan pada tahun ini.

Sehubungan itu, kementerian tersebut komited untuk meningkatkan kawalan keselamatan bagi menjamin prosedur mahkamah berjalan lancar.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya