22,372 suri rumah bunuh diri di India - Utusan Malaysia

22,372 suri rumah bunuh diri di India

BEBERAPA wanita duduk di tepi Sungai Ganges sambil menunggu bot untuk menyeberangi sungai itu di Kanpur, India. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Berdasarkan data yang dikeluarkan Biro Rekod Jenayah Kebangsaan India (NCRB), seramai 22,372 suri rumah di negara ini membunuh diri pada tahun lepas.

Jumlah itu bersamaan dengan purata 61 kes bunuh diri setiap hari atau satu kes setiap 25 minit.

Suri rumah menyumbang sebanyak 14.6 peratus daripada 153,052 kes bunuh diri di India pada 2020 dan lebih 50 peratus daripada jumlah itu menunjukkan golongan wanita lebih banyak ‘meragut nyawa sendiri’.

Sejak 1997, NCRB mula mengumpul data bunuh diri berdasarkan kategori pekerjaan dan lebih 20,000 suri rumah melakukan perbuatan itu setiap tahun.

Banyak laporan mengaitkan perkara itu dengan masalah keluarga atau perkahwinan, namun sebab paling utama adalah mereka sering menjadi mangsa keganasan domestik.

Pakar kesihatan mental, Dr. Usha Verma Srivastava memberitahu, wanita merupakan golongan paling berdaya tahan, namun toleransi mereka juga mempunyai tahapnya.

“Banyak wanita di negara ini terpaksa berkahwin awal dan kehidupan mereka terikat selepas menjadi isteri serta ibu, selain menjadi mangsa keganasan domestik.

“Mereka tidak lagi dapat mengejar cita-cita atau impian menyebabkan suri rumah cenderung bunuh diri untuk ‘membebaskan diri’,” katanya kepada BBC.

Verma Srivastava memaklumkan, satu per tiga daripada wanita di negara ini membunuh diri selepas lama menjadi mangsa penderaan rumah tangga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya