12 tentera maut dalam pertempuran di Niger - Utusan Malaysia

12 tentera maut dalam pertempuran di Niger

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIEMEY: Sekurang-kurangnya 12 anggota tentera di Niger maut dalam pertempuran dengan kumpulan bersenjata di barat daya negara itu.

Kejadian itu dimaklumkan oleh seorang pegawai kerajaan.

Lapor BBC, pasukan keselamatan diserang oleh ratusan individu bersenjata berhampiran kampung Funio.

Menurut pegawai, beberapa anggota militan juga dilaporkan terbunuh dalam kejadian itu.

Kumpulan militan yang dikaitkan dengan kumpulan Daesh didakwa melakukan sejumlah besar serangan di wilayah Sahel di Afrika Barat sejak beberapa tahun kebelakangan ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya