10 pekerja asing maut kapal karam di Sekinchan - Utusan Malaysia

10 pekerja asing maut kapal karam di Sekinchan

POLIS Sumut menyediakan pasukan khas DVI bagi memudahkan pihak keluarga berurusan mengenai mangsa kapal karam di perairan Malaysia.-ANTARAFOTO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEDAN: Seramai 10 penumpang disahkan maut selepas sebuah kapal yang membawa 57 pekerja asing karam di perairan Sekinchan, Selangor, Sabtu lalu.

Lapor CNN Indonesia, Ketua Komunikasi Polis Daerah Sumut, Hadi Wahyudi berkata, daripada jumlah itu, seramai empat anak kapal dan 35 penumpang lain berjaya diselamatkan, manakala, lapan yang lain masih belum ditemukan.

Katanya, kapal itu melakukan pelayaran dari Batubara, Sumatera Utara, dan kemalangan berlaku kira-kira pukul 10 pagi waktu tempatan.

Susulan itu, Polis Sumatera Utara mengarahkan pasukan khas Mengenal Pasti Mangsa Bencana (DVI) melakukan proses pengecaman mangsa.

“Sehingga kini, kita belum menerima laporan dari pihak keluarga atau penemuan mangsa lain di perairan tersebut.

“Kita juga menyediakan talian kecemasan dan pihak keluarga boleh menghubungi nombor +62 813-7545-6111,” katanya.

Dalam pada itu, Duta Besar Republik Indonesia di Kuala Lumpur, Hermono berkata, kesemua mangsa diserahkan kepada kapal Indonesia yang sedang berlayar di perairan tersebut untuk dibawa pulang ke Indonesia.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia masih giat melakukan operasi pencarian mangsa lain dan akan memaklumkan sebarang perkembangan kepada pihak berkuasa Indonesia.

Kesemua penumpang kapal itu dipercayai diseludup untuk bekerja di Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya