10 maut bank di Pakistan meletup - Utusan Malaysia

10 maut bank di Pakistan meletup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KARACHI: Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dan 11 yang lain cedera dalam satu letupan di cawangan bank Karachi yang dibina di atas longkang kumbahan di kawasan perindustrian di bandar itu, hari ini.

Pegawai Polis Kanan, Sarfaraz Nawaz memberitahu punca letupan cawangan bank terbesar di Pakistan, Habib Bank Limited berkemungkinan akibat kebocoran gas.

“Pasukan bahan letupan kami sedang berusaha memastikan jenis letupan yang berlaku. Berdasarkan struktur yang kelihatan, ia dibina di atas longkang dan gas bocor boleh menjadi punca tersebut,” katanya kepada pemberita.

Letupan turut menyebabkan sebuah stesen minyak di sebelah bank di Kawasan Perdagangan Perindustrian Sindh dan kereta yang diletakkan berhampiran rosak teruk.

Rakaman imej di televisyen menunjukkan lantai bank itu terdedah sehingga kelihatan palang besi berpintal.-REUTERS

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya