Washington tarik balik peraturan pemakaian pelitup muka - Utusan Malaysia

Washington tarik balik peraturan pemakaian pelitup muka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Penduduk di Washington tidak lagi perlu memakai pelitup muka di dalam bangunan bermula minggu depan.

Perkara itu diumumkan oleh Datuk Bandar Washington, Muriel Bowser menerusi satu ciapan di Twitter.

Bagaimanapun, katanya, pemakaian pelitup muka masih diwajibkan di beberapa tempat tertentu seperti dalam sekolah dan pengangkutan awam.

“Bermula Isnin depan (22 November), Washington akan menarik balik peraturan pemakaian pelitup muka dalam bangunan,” katanya.

Menurut Bowser, syarikat perniagaan dibenarkan untuk membuat peraturan pencegahan Covid-19 sendiri.

Tambahnya, pemakaian pelitup muka juga masih diwajibkan ketika berkongsi menggunakan kenderaan, perpustakaan, pusat penjagaan, penjara dan beberapa pejabat kerajaan tempatan.

Julai lalu, Washington mewajibkan pemakaian pelitup muka bagi penduduk sudah lengkap menerima suntikan vaksin atau belum divaksin di tengah-tengah lonjakan kes jangkitan Covid-19 yang dikaitkan dengan varian Delta.

Bandar itu juga melaksanakan peraturan ketat dalam usaha membendung penularan Covid-19 berbanding tempat lain di Amerika Syarikat (AS) – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya