Wanita minta bantuan polis pujuk teman lelaki - Utusan Malaysia

Wanita minta bantuan polis pujuk teman lelaki

GAMBAR hiasan - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Seorang wanita di India menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan bagi memujuk teman lelakinya yang merajuk selepas pasangannya terlupa mengucapkan selamat hari lahir.

Wanita itu yang berasal dari Chhindwara di Madhya Pradesh dilaporkan bercinta dengan teman lelakinya di Sarani.

Hubungan antara pasangan kekasih itu mula menjadi goyah selepas wanita itu tidak mengucapkan selamat hari lahir.

“Kekasihnya marah lalu mereka berdua bertengkar.Akibatnya, lelaki itu memilih untuk menjauhkan diri daripada wanita tersebut.

“Wanita itu sudah beberapa kali cuba mendekati dan bercakap dengan teman lelakinya, namun semua usahanya menjadi sia-sia.

“Ekoran tidak tahan dengan perangai teman lelakinya, wanita itu menghubungi polis untuk meminta bantuan bagi memulihkan hubungan mereka,” jelas laporan itu.

Berdasarkan laporan India Times, polis kemudian memanggil lelaki itu ke balai polis dan cuba berbincang dengannya.

“Akhirnya, polis berjaya menyatukan pasangan itu dan menasihati mereka untuk berkahwin,” jelas laporan tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya