Wanita mabuk bakar rumah sendiri dipenjara tiga tahun - Utusan Malaysia

Wanita mabuk bakar rumah sendiri dipenjara tiga tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Mahkamah Newcastle Brown mendapati seorang wanita yang berada dalam keadaan mabuk sengaja membakar rumahnya sendiri di Wrekenton, Gateshead, England, 30 Mei lalu.

Wanita itu dikatakan sengaja membakar katilnya semasa dia sedang berbaring di atasnya.

Namun, wanita itu bernasib baik kerana masih hidup selepas diselamatkan oleh dua jiran yang baik hati.

Kebakaran itu dilihat oleh penduduk berhampiran yang bertindak memasuki rumah itu dan membawanya keluar ke tempat selamat sebelum menghubungi perkhidmatan kecemasan.

Perkhidmatan Penyelamat Tyne and Wear bergegas ke lokasi kejadian dan memadamkan kebakaran dalam beberapa minit.

Pemilik rumah itu, Kerry McCrudden didapati mempunyai masalah mental dan dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun kerana sengaja menyebabkan kebakaran.

Detektif Abbie Young dari Balai Polis Northumbria berkata, McCrudden bukan sahaja merisikokan nyawanya dalam bahaya ketika dia mula menghidupkan api di biiknya, tetapi turut merisikokan nyawa individu lain yang datang menyelamatkannya.

“Bagaimanapun, kejadian ini dapat dielakkan sepenuhnya memandangkan McCrudden dengan sengaja menyalakan api.

“Dia kini mesti bertanggungjawab terhadap tindakannya itu,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya