Wanita didenda RM95,831 selepas pukul pramugari - Utusan Malaysia

Wanita didenda RM95,831 selepas pukul pramugari

PENUMPANG wanita didenda AS$23,000 kerana memukul seorang pramugari American Airlines. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Seorang penumpang pesawat American Airlines yang memukul seorang pramugari dikenakan denda sebanyak AS$23,000 (RM95,831) oleh Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA).

Lapor Metro, penumpang wanita itu berbuat demikian akibat berang kerana tidak dapat melaraskan kerusi pesawat dalam keadaan bersandar. 

Wanita itu dilaporkan menyerang pramugari terbabit pada 11 Mac lalu dan dia dikenakan denda berkenaan Rabu lepas.

Menurut FAA, wanita itu mendera pramugari secara verbal selepas menyedari tempat duduknya tidak boleh diletakkan dalam posisi bersandar.

Pramugari itu juga cuba menempatkan wanita tersebut ke tempat duduk lain namun dia enggan bertukar kerusi dengan penumpang lain. 

Sebaliknya, wanita itu menjerit kepada pramugari dan tidak mematuhi protokol dengan enggan memakai pelitup muka di dalam pesawat.

Wanita itu kemudian menukar tempat duduknya dengan penumpang lain namun dia terus menyerang pramugari secara verbal.

“Dia kemudian memukul seorang pramugari pada lengan kanan dan cuba melakukannya sekali lagi,” jelas FAA.

Sebaik sahaja pesawat mendarat, pegawai penguatkuasa undang-undang menahan penumpang tersebut yang identitinya tidak didedahkan.

Jumlah denda yang dikenakan bagi insiden penerbangan seperti ini adalah antara AS$9,000 hingga AS$32,000 (RM37,499 hingga RM133,330). – AGENSI.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya