[VIDEO] Penumpang ditikam, gerabak kereta api Tokyo dibakar - Utusan Malaysia

[VIDEO] Penumpang ditikam, gerabak kereta api Tokyo dibakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Seorang lelaki berada dalam keadaan kritikal selepas diserang oleh individu yang bersenjatakan pisau dalam kereta api bawah tanah di ibu negara, kira-kira pukul 8 malam semalam, waktu tempatan.

Lapor BBC, lelaki itu turut membakar sebuah gerabak sehingga menyebabkan 10 penumpang lain mengalami kecederaan berdekatan stesen kereta api Kokuryo.

Rakaman video menggemparkan itu menunjukkan penumpang berusaha menyelamatkan diri dengan melompat keluar tingkap selepas api semakin marak dalam kereta api Keio Line tersebut.

Penumpang lain turut bergegas melarikan diri dari suspek ke gerabak lain.

Kereta api itu kemudian berhenti di stesen lain, namun, pintu gerabak masih ditutup akibat dipenuhi kepulan asap.

Pihak polis mengesahkan suspek berusia 20 tahun dan diberkas di lokasi kejadian.

Saksi kejadian berkata, mereka melihat suspek menyembur cecair di sekeliling gerabak sebelum membakarnya.

Negara matahari terbit itu merekodkan beberapa siri serangan pisau sejak beberapa tahun lalu, dengan dua insiden terkini berlaku dalam perkhidmatan pengangkutan awam kereta api tahun ini.

Ogos lalu, seramai sembilan orang cedera akibat diserang oleh lelaki yang bersenjatakan pisau.

Bulan sama turut menyaksikan dua penumpang cedera akibat terkena serangan asid dalam kereta api.

Pada 2019, seorang lelaki menyerang sekumpulan pelajar sekolah yang sedang menunggu bas di Kawasaki sehingga menyebabkan dua terbunuh, manakala, 18 yang lain cedera.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya