SIERRA LEONE: Insiden letupan di stesen minyak di Freetown yang mengorbankan puluhan mangsa tular dengan gambar mayat yang rentung bergelimpangan di tepi jalan.
Media sosial Twitter dibanjiri dengan gambar-gambar mangsa, kenderaan yang hangus dijilat api serta ucapan takziah yang dirakamkan buat penduduk di Sierra Leone.
Setakat ini, 91 orang disahkan maut dan 100 yang lain cedera.
Hospital di negara itu dibanjiri dengan ratusan mangsa yang mengalami kecederaan serius akibat terkena api di lokasi kejadian.
Sierra Leone terletak di Afrika Barat di kepulauan Atlantik.-AGENSI
"A tanker explosion in Sierra Leone has claimed hundreds of lives pic.twitter.com/8YT6pbKKO5— Instablog9ja (@instablog9ja) November 6, 2021"
— Strawberry NG News (@StrawberryNG) November 6, 2021