Ikut peta Google sampai masuk sungai - Utusan Malaysia

Ikut peta Google sampai masuk sungai

KEADAAN trak pikap yang terjunam ke dalam sungai selepas melalui jambatan buluh di Doko, Blitar, Jawa Timur. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BLITAR: Penduduk Kampung Suru di Doko, Jawa Timur hanya mampu melihat sebuah trak pikap menjunam ke dalam sungai ketika melalui jambatan buluh dalam satu kejadian, kelmarin.

Terdahulu, penduduk kampung cuba menghalang trak pikap itu daripada melalui jambatan buluh yang tidak dapat menampung berat kenderaan besar.

Mereka menjerit ke arah pemandu kenderaan tersebut, namun tidak dapat didengari susulan hujan lebat.

Jurucakap polis Doko, Anik Sri Utariani mengesahkan insiden itu dan memaklumkan jambatan buluh tersebut hanya boleh dilalui motosikal.

“Selepas melalui jambatan itu, trak pikap berkenaan terjunam ke dalam sungai, namun bernasib baik kerana tidak dihanyutkam arus.

“Pemandu trak pikap itu memaklumkan, dia tidak mahir dengan jalan di sini lalu menggunakan Peta Google dan aplikasi itu menunjukkan dia perlu melalui jambatan buluh tersebut,” katanya.

Ketika kejadian, trak pikap tersebut membawa muatan berupa kayu api untuk dihantar ke sebuah rumah di Doko.

Kenderaan itu berjaya dibawa naik ke daratan dengan bantuan penduduk kampung dan pemandunya tidak mengalami kecederaan serius.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya