TOKYO: Bagi kanak-kanak pada era 90-an, alat permainan digital yang dikenali sebagai Tamagotchi merupakan antara nostalgia yang tidak mungkin dilupakan.
Permainan itu memberi pengalaman menarik kepada golongan kanak-kanak pada era tersebut untuk ‘menjaga haiwan peliharaan secara digital’.
Konsep permainannya mudah iaitu haiwan peliharaan yang dipilih perlu dijaga sama seperti situasi sebenar seperti diberi makan, dirawat ketika sakit dan menghiburkannya.
Diperkenalkan pada 23 November 1996, tahun ini sudah 25 tahun permainan itu dikenali di seluruh dunia.
Permainan berbentuk seperti telur kecil itu sudah terjual kira-kira 10 juta unit di seluruh dunia pada Jun 1997.
Pada tahun yang sama, pencipta Tamagotchi, Akihiro Yokoi dan Aki Maita menerima Hadiah Nobel bagi kategori ekonomui susulan pembuatan permainan tersebut.
Biarpun Tamagotchi kini tidak lagi menjadi antara pilihan semasa, alat permainan itu tetap mencipta kenangan manis kepada peminatnya.