Starship bakal terbang ke orbit tahun depan - Utusan Malaysia

Starship bakal terbang ke orbit tahun depan

ROKET Starship dilancarkan dari Boca Chica di Texas. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pengasas SpaceX, Elon Musk memaklumkan, roket Starship yang dipilih Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) untuk membawa angkasawan negara ini kembali ke bulan bakal melakukan percubaan pertama terbang ke orbit awal tahun depan.

“Kami akan melakukan sejumlah percubaan pada Disember ini dan berharap penerbangan itu dapat dilancarkan pada Januari tahun depan.

“Terdapat banyak risiko yang perlu diambil kira dalam pelancaran pertama, jadi saya tidak mahu memberi jaminan ia akan berjaya sepenuhnya,” kata Musk.

Starship sebelum ini sudah beberapa kali melakukan penerbangan sub orbit dan selepas empat kali ujian penerbangan berakhir dengan letupan, SpaceX akhirnya berjaya mendaratkan Starship di pangkalan pada Mei lalu.

Musk juga memberitahu, kelulusan daripada Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) dijangka diperoleh pada hujung tahun ini.

NASA sebelum ini berharap Starship boleh dijadikan sebagai ‘roket pendarat’ untuk membawa angkasawan ke bulan seawal-awalnya pada 2025. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya