SpaceX lancar empat lagi angkasawan ke ISS - Utusan Malaysia

SpaceX lancar empat lagi angkasawan ke ISS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Selepas beberapa siri penangguhan, SpaceX yang diasaskan oleh bilionair, Elon Musk, melancarkan penerbangan roket yang membawa empat lagi angkasawan ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) semalam.

Kesemua angkasawan itu dihantar ke ISS menerusi misi Kru-3, selepas angksawan dari misi Kru-2 pulang ke Bumi kelmarin.

Empat angkasawan Kru-3 itu termasuk Raja Chari, Kayla Barron, Tom Marshburn yang berasal dari Amerika Syarikat (AS) dan Mathhias Maurer dari Jerman berlepas ke angkasa lepas menaiki roket Falcon 9 pada pukul 9.30 malam waktu tempatan di Pusat Angkasa Kennedy, Florida.

Kapal angkasa yang membawa keempat-empat angkasawan tersebut, Endurance dijangka tiba di ISS pada pukul 7.10 petang hari ini.

Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) menyifatkan pelancaran tersebut sebagai satu kejayaan hebat.

Pelancaran itu beberapa kali ditangguhkan sejak 31 Oktober lalu berikutan keadaan cuaca tidak menentu, sebelum seorang daripada angkasawan dilaporkan mempunyai masalah kesihatan.

Namun, NASA menegaskan, masalah kesihatan itu bukan diakibatkan oleh Covid-19. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya