Sinar Islam terus berkembang di bandar Hamtramck - Utusan Malaysia

Sinar Islam terus berkembang di bandar Hamtramck

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HAMTRAMCK: Bandar Hamtramck di Michigan menjadi bandar pertama Amerika Syarikat (AS) yang ditadbir oleh barisan kepemimpinan beragama Islam.

Empat daripada enam anggota Majlis Perbandaran Hamtramck merupakan beragama Islam.

Bandar itu dihuni kira-kira 28,000 penduduk dengan komuniti Islam melebihi separuh daripada populasinya.

Keadaan itu secara tidak langsung menjadikan Hamtramck sebagai bandar paling banyak didiami penduduk beragama Islam di AS.

Penduduk utamanya terdiri daripada pendatang dari Yaman dan Bangladesh.

Dalam pada itu, Amer Ghalib bakal dilantik sebagai Datuk Bandar Hamtramck selepas memperoleh 68 peratus undian dalam pilihan raya baru-baru ini.

AMER GHALIB

“Saya berasa bangga dengan keputusan undian dan bersedia memegang tanggungjawab besar ini,” katanya.

Hamtramck diiktiraf sebagai bandar dengan majoriti populasi beragama Islam pertama di AS sejak 2013.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya