Serangan bom kawalan jauh, dua anggota renjer cedera - Utusan Malaysia

Serangan bom kawalan jauh, dua anggota renjer cedera

LETUPAN bom di tepi jalan raya dekat Sungai Padi di Narathiwat menyebabkan dua anggota renjer cedera. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NARATHIWAT: Dua anggota renjer cedera selepas bom meletup ketika mereka membuat rondaan di jalan raya di daerah Sungai Pagi, wilayah selatan Thai, petang semalam.

Bangkok Post melaporkan, serangan berlaku kira-kira pukul 1 petang di jalan dekat Kampung Sue Dae di Sako.

Ketika kejadian, peronda dari Ranger Company 4809 sedang menghampiri kampung itu apabila bom yang disembunyikan di tepi jalan diletupkan dengan alat kawalan jauh.

Dua renjer cedera ringan, Abdulhalim Chena dan No-alam Kariya, dan dimasukkan ke Hospital Sungai Padi.

Tempat kejadian letupan adalah kira-kira 2 kilometer dari pangkalan operasi Ranger Company 4809 di Ban Sako, Kampung Moo 4, di Sako.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya