Selesema burung ‘serang’ Eropah, Asia - Utusan Malaysia

Selesema burung ‘serang’ Eropah, Asia

SUKARELAWAN merawat burung yang cedera di pusat perlindungan haiwan sementara di Ahmedabad, India. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Sejumlah kes jangkitan wabak selesema burung yang teruk dilaporkan berlaku di Eropah dan Asia sejak beberapa hari lalu.

Menurut Organisasi Kesihatan Haiwan Sedunia (OIE), situasi itu menunjukkan penularan virus itu semakin rancak dan jika tidak terkawal boleh menyebabkan pandemik.

Wabak itu menyaksikan industri penternakan berada di fasa berjaga-jaga selepas penularan sebelum ini menyebabkan puluhan juta haiwan ternakan seperti ayam terpaksa dibunuh, selain menjejaskan aktiviti perdagangan.

Wabak selesema burung juga mendapat perhatian pakar epidemiologi selepas virus itu boleh menjangkiti manusia.

China merekodkan 21 kes jangkitan selesema burung terhadap manusia melalui influenza H5N6 pada tahun ini, manakala Korea Selatan melaporkan penularan wabak di sebuah ladang yang menempatkan kira-kira 770,000 ayam di Chungcheongbuk-do.

Kesemua ternakan di ladang tersebut disembelih bagi mengekang penularan.

Jepun pula merekodkan penularan H5N8 di sebuah ladang di timur laut negara itu.

Di Eropah, Norway melaporkan wabak H5N1 di wilayah Rogaland, melibatkan kira-kira 7,000 burung.

Penularan wabak kebiasaannya berlaku pada musim luruh dan disebarkan oleh burung liar menerusi proses penghijrahan.

Kerajaan Belgium juga berdepan risiko wabak selesema burung, sekali gus mengarahkan semua ternakan diletakkan dalam tempat tertutup. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya