Selepas sebulan tertelan duit syiling, kanak-kanak gembira boleh makan semula - Utusan Malaysia

Selepas sebulan tertelan duit syiling, kanak-kanak gembira boleh makan semula

IBU Fatan, Erna menunjukkan gambar anaknya di rumah mereka di Brebes, Jawa Tengah. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BREBES: Selepas sebulan tertelan duit syiling bernilai 1,000 rupiah, seorang kanak-kanak berusia enam tahun akhirnya menarik nafas lega selepas objek itu berjaya dikeluarkan.

Kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Fatan Almaisan Zein di Brebes, Jawa Tengah terpaksa menahan ketidakselesaan dalam tempoh lama selepas tertelan syiling itu kerana ibu bapanya tidak mampu membawanya ke hospital.

Dalam tempoh tersebut, syiling yang tersekat pada bahagian tekaknya menyebabkan Fatan tidak mampu menelan makanan dan hanya terbaring lesu.

Kanak-kanak lelaki itu menjalani proses mengeluarkan syiling di Hospital Umum Pusat Kariadi Semarang.

Ibunya, Erna, menzahirkan rasa syukur dan gembira dengan keadaan tersebut.

“Alhamdulillah, semuanya sudah baik. Duit syiling itu sudah dikeluarkan dan Fatan kini semakin sihat.

“Dia juga sudah tersenyum, tidak lagi lesu seperti sebelum ini,” katanya.

Jelas wanita itu, anaknya menjalani prosedur yang ringkas tanpa menjalani pembedahan.

Fatan tidak sengaja tertelan syiling itu ketika bermain di rumahnya dan akibat kesempitan hidup, ibu bapanya hanya mampu membawanya ke klinik desa yang tidak mempunyai kelengkapan lengkap.

Namun, doktor memberitahu, syiling itu tidak menyekat saluran pernafasan Fatan.

Nasib kanak-kanak itu mendapat perhatian pihak berkuasa selepas kisahnya tular dalam media sosial.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya