Rambut terbakar selepas tiup lilin kek hari jadi - Utusan Malaysia

Rambut terbakar selepas tiup lilin kek hari jadi

GAMBAR HIASAN-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sebuah majlis hari jadi bertukar menjadi detik mencemaskan apabila api daripada lilin yang ditiup terkena bahagian rambut kanak-kanak.

Lapor Daily Mail, pihak ambulans St. John bergegas ke kawasan kejiranan Darwin petang semalam dan merawat mangsa yang mengalami kecederaan kecil.

Pengurus Operasi St. John, Craig Garraway berkata, kanak-kanak berusia tiga tahun itu meniup lilin yang terdapat pada kek sebelum api menyambar rambutnya.

“Ia hanya melibatkan kebakaran kecil di bahagian kulit kepala dan mangsa berada dalam keadaan baik.

“Mangsa masih meneruskan sambutan ulang tahun kelahiran sehingga parti selesai,” katanya.

Oleh itu, Garraway memberi peringatan kepada ibu bapa supaya mengambil langkah berjaga-jaga terutamanya kepada kanak-kanak kerana lilin boleh menjadi berbahaya.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya