Rakyat AS terus marah dengan Rittenhouse - Utusan Malaysia

Rakyat AS terus marah dengan Rittenhouse

SEORANG peserta demonstrasi memegang plakad tidak menyokong Kyle Rittenhouse dalam satu protes di Minneapolis, Amerika Syarikat. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORTLAND: Pasukan keselamatan di Portland mengisytiharkan protes yang membantah keputusan mahkamah membebaskan Kyle Rittenhouse daripada semua pertuduhan membunuh sebagai rusuhan.

KYLE RITTENHOUSE

Kira-kira 200 penunjuk perasaan memecahkan tingkap, membaling objek ke arah polis dan mengugut untuk membakar bangunan kerajaan tempatan di sini.

Pelbagai pihak menzahirkan rasa tidak puas hati dengan keputusan mahkamah itu yang dianggap berat sebelah dan seolah-olah melindungi ketuanan kulit putih.

Protes turut dilakukan di beberapa bandar utama di seluruh Amerika Syarikat (AS) termasuk New York, Los Angeles dan Chicago.

Kira-kira 1,000 penunjuk perasaan berhimpun di Chicago semalam dalam demonstrasi yang dianjurkan oleh kumpulan aktivis.

Seorang daripada ketua aktivis, Tanya Watkins menyifatkan keputusan mahkamah itu ‘memenatkan dan sudah dijangka’.

“Saya tidak terkejut dengan keputusan itu. Saya amat kecewa dan semakin hilang kepercayaan terhadap institusi kehakiman negara,” katanya.

Di Carolina Utara, puluhan penduduk berhimpun berhampiran bangunan Capitol bagi membantah keputusan tersebut.

Rittenhouse sebelum ini didakwa menembak mati dua penunjuk perasaan dalam rusuhan membantah kekejaman polis di Wisconsin pada Ogos tahun lalu.

Remaja berusia 18 tahun itu boleh dipenjara seumur hidup atas pertuduhan membunuh dengan niat sekiranya dia disabit kesalahan. – AP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya