Polis dedah identiti suspek insiden letupan teksi di Liverpool - Utusan Malaysia

Polis dedah identiti suspek insiden letupan teksi di Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Britain meningkatkan tahap amaran ancaman kebangsaan susulan insiden letupan melibatkan sebuah teksi di luar hospital di Liverpool.

Polis juga mendedahkan identiti suspek yang dipercayai menghasilkan alat letupan itu sebelum terbunuh dalam letupan tersebut.

Menurut polis di barat laut England, pihaknya mengisytiharkan letupan itu sebagai insiden pengganas.

Polis juga menamakan si mati sebagai suspek.

“Siasatan masih berterusan namun pada peringkat ini, kami percaya suspek merupakan si mati yang bernama Emad Al Sweameen dan berusia 32 tahun,” kata pegawai penyiasat kanan, ketua detektif Andrew Meeks dalam kenyataan.

Meeks turut mendedahkan butiran lain termasuk menyatakan Al Sweameen mempunyai kaitan dengan dua alamat yang diserbu polis selepas kejadian letupan itu.

Letupan yang berlaku di luar Hospital Wanita Liverpool menyebabkan sebuah teksi musnah, penumpang disyaki menghasilkan alat letupan itu maut dan pemandu kenderaan itu mengalami kecederaan.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Priti Patel berkata, pegawai perisikan meningkatkan amaran ancaman kepada tahap kedua tertinggi yang bermakna kemungkinan besar serangan akan berlaku susulan kejadian keganasan yang kedua dalam tempoh sebulan.

Bulan lalu, ahli Parlimen Britain, David Amess maut ditikam berulang kali ketika dalam satu program di kawasan Parlimennya di tenggara England.

Pihak pendakwa raya menyifatkan kejadian itu mempunyai kaitan pengganas. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya