Penjawat awam Singapura enggan divaksin dikenakan cuti tanpa gaji atau kontrak tidak disambung - Utusan Malaysia

Penjawat awam Singapura enggan divaksin dikenakan cuti tanpa gaji atau kontrak tidak disambung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Penjawat awam di Singapura yang memilih untuk tidak menerima vaksin Covid-19, bukan kerana masalah kesihatan bakal diletakkan di bawah skim cuti tanpa gaji.

Perkara itu dimaklumkan selepas Kementerian Kesihatan pada 23 Oktober lalu menegaskan, hanya penjawat awam yang sudah lengkap divaksin atau mereka yang sudah pulih dari Covid-19 dalam tempoh 270 hari dibenarkan untuk kembali bekerja di pejabat bermula tahun depan.

Menurut jurucakap Jabatan Perkhidmatan Awam Singapura (PSD), pihaknya akan ‘melakukan yang terbaik’ untuk membolehkan penjawat awam yang enggan divaksin terus bekerja dari rumah sekiranya dibenarkan.

“Penjawat awam yang enggan divaksin juga akan ditukar ke jabatan lain yang boleh bekerja dari rumah, mengikut kesesuaian semasa.

“Sekiranya penjawat awam memlih untuk tidak divaksin, biarpun mereka tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan dan tidak ditukar ke jabatan lain, maka mereka akan dikenakan cuti tanpa gaji atau kontrak tidak diperbaharui,” jelas jurucakap itu.

Singapura mempunyai kira-kira 153,000 penjawat awam menerusi 16 kementerian dan lebih 50 lembaga berkanun.

Kira-kira 98 peratus penjawat awam sudah menerima vaksinasi lengkap, manakala dua peratus lagi atau 3,000 enggan melakukannya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya