Pengguna Twitter undi Elon Musk jual saham Tesla - Utusan Malaysia

Pengguna Twitter undi Elon Musk jual saham Tesla

ELON MUSK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Kira-kira 57.9 peratus pengguna Twitter bersetuju sekiranya Ketua Pengarah Eksekutif Tesla, Elon Musk menjual 10 peratus sahamnya menerusi tinjauan pendapat yang dilakukan dalam media sosial tersebut.

Pada Sabtu lalu, individu terkaya itu membuat ciapan memaklumkan, beliau akan menjual 10 peratus saham Tesla jika mendapat undian banyak.

Tinjauan itu memperoleh undian sebanyak 3.5 juta.

Musk juga sebelum ini memaklumkan beliau tidak menerima bonus atau gaji secara tunai dari ‘mana-mana pihak’, selain hanya mempunyai saham.

Dewan Senat Amerika Syarikat (AS) sebelum ini mendedahkan usul untuk mengenakan cukai terhadap saham dan aset boleh niaga milik bilionair bagi  membantu agenda perbelanjaan sosial yang diperkenalkan Presiden Joe Biden.

Musk mengkritik usul itu dengan menyifatkan ‘duit rakyat sudah habis, maka golongan bilionair pula jadi sasaran’.

“Saya hanya mempunyai saham dan bagi membolehkan saya membayar cukai adalah menerusi penjualan saham,” katanya.

Sementara itu, Musk memaklumkan beliau akan ‘patuh’ pada hasil undian tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya