Pelayan restoran terkejut dibayar gaji 4 sen - Utusan Malaysia

Pelayan restoran terkejut dibayar gaji 4 sen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NASHVILLE: Seorang wanita mendedahkan dia hanya menerima gaji sebanyak AS$0.01 (4 sen) selama enam minggu bekerja di sebuah restoran, di sini.

Menerusi aplikasi TikTok, wanita bernama Lily itu menceritakan kisahnya dan menunjukkan slip gajinya.

Lily memberitahu, dia bekerja di sebuah restoran di nashville, Tennessee, baru-baru ini.

Berdasarkan perundahan buruh AS, gaji minimum bagi semua pekerja di seluruh negara seharusnya AS$2.13 (RM8.90) setiap jam.

Dalam pada itu, wanita berusia 25 tahun tersebut tidak memberitahu berapa jam dia bekerja selama enam minggu berkenaan.

Lily juga tidak mendedahkan berapa banyak tip yang diperolehnya selama tempoh tersebut.

Namun, wanita itu meminta agar semua pelanggan ‘rajin’ memberi tip kepada pelayan restoran.

Videonya tular dalam media sosial dan pada masa yang sama, Lily juga menerima kritikan daripada pelbagai pihak.

Kebanyakan pengguna media sosial menegaskan, pemberian tip kepada pelayan restoran bukanlah satu kewajipan.

“Anda sepatutnya salahkan restoran tempat anda bekerja, bukann pelanggan.

Di negara lain, pelanggan tidak perlu berikan tip kerana mereka dibayar gaji yang sepatutnya,” tulis seorang pengguna TikTok.

Seorang lagi pengguna pula menyatakan gaji pelayan restoran seharusnya lebih besar dari tip.

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya