PBB jamin bantu Sudan selesaikan konflik - Utusan Malaysia

PBB jamin bantu Sudan selesaikan konflik

PESERTA protes meletakkan bendera Sudan di bahu dan kelihatan tayar yang dibakar semasa demonstrasi di Khartoum.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi jaminan komuniti antarabangsa berusaha mencari penyelesaian terbaik untuk Sudan, seminggu selepas kerajaan negara itu digulingkan dalam rampasan kuasa oleh tentera.

Wakil PBB ke Khartoum, Volker Perthes berkata, PBB mengadakan pertemuan serta rundingan dengan pelbagai pihak di Sudan dan juga di peringkat antarabangsa.

Jelasnya, langkah itu dilakukan untuk membantu Sudan keluar segera daripada konflik yang berlaku dan kembali kepada normal.

Perthers turut mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Sudan yang disingkirkan, Abdalla Hamdok yang kini dikenakan tahanan rumah.

Katanya, mereka ‘berbincang mengenai beberapa pilihan untuk menyelamatkan Sudan’.

Perthers semalam menggesa Sudan ‘menghentikan peralihan politik dan kembali seperti biasa, sama sebelum rampasan kuasa dilakukan’.

Sementara itu, seramai 48 negara menggesa Majlis Hak Asasi Manusia PBB supaya mengadakan sidang khas untuk membantu Sudan.

Perkara itu disampaikan oleh Duta Britain ke PBB, Simon Manley menerusi surat dan kenyataan bersama 48 negara tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya