ISTANBUL: Pasangan asal Israel ditahan oleh pihak berkuasa Turki selepas mereka mengambil gambar Istana Presiden Recep Tayyip Erdogan.
Times of Israel melaporkan, menurut peguam pasangan terbabit, mereka akan dihantar pulang ke Israel, hari ini selepas dibicarakan di mahkamah.
Pasangan itu, kedua-duanya berusia 40-an, ditahan selepas si isteri merakam istana Erdogan ketika menaiki feri, mungkin tidak mengetahui tindakan tersebut adalah menyalahi undang-undang.
Kejadian berlaku Selasa lalu selepas ahli keluarga mereka menyedari pasangan itu tidak kembali ke bilik hotel.
Selepas mengambil gambar, wanita itu menghantarnya kepada ahli keluarga melalui WhatsApp dengan kapsyen: “Rumah yang sangat bagus”.
Pejabat pegawai kanan Israel memberitahu, tindakan itu tidak salah sebagai seorang pelancong, dan bukan sebagai ‘tindakan jenayah’.
Menurut peguam, pasangan itu berdepan larangan memasuki Turki selama enam bulan.