BANGKOK: Tapak semaian milik Pertubuhan Farmaseutikal Kerajaan (GPO) di Nong Yai telah disahkan sebagai ladang ganja pertama negara di bawah piawaian Amalan Pertanian Baik (GAP), Jabatan Pertanian.
Bangkok Post melaporkan, Ketua Pengarah Jabatan Pertanian, Pichet Wiriyaphaha berkata, pegawainya sudah melakukan pemeriksaan di ladang tersebut untuk menjalankan penilaian.
Jelasnya, ladang itu telah memenuhi semua kriteria, menjadikannya ladang ganja pertama di negara ini yang mendapat pensijilan tersebut.
“Lulus penilaian itu bermakna semua tumbuhan ganja yang ditanam di sini adalah selamat, boleh dipercayai dan berkualiti.
“Ia boleh digunakan sebagai bahan mentah untuk produk ganja perubatan dan ia selamat untuk pengguna,” katanya.
Tambah beliau, ini akan menjadi model kepada petani di seluruh negara yang ingin menanam ganja untuk tujuan perubatan.
Pemeriksaan dibuat selepas GPO meminta jabatan menentukan sama ada ladang itu akan membuat gred dari segi piawaian GAP.
Jabatan itu telah mempromosikan penggunaan ladang untuk ganja perubatan di bawah bimbingan Timbalan Menteri Pertanian dan Koperasi, Mananya Thaiset.
Pichet berkata, GPO menyatakan kesediaannya untuk menyokong petani ganja lain dengan penilaian GAP dengan syarat mereka juga memberi tumpuan kepada pengeluaran ganja perubatan.