NASA rancang letupkan asteroid demi keselamatan Bumi - Utusan Malaysia

NASA rancang letupkan asteroid demi keselamatan Bumi

ILUSTRASI artis menunjukkan kapal angkasa DART akan 'melanggar dan meletupkan' asteroid Dimorphos. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) merancang menggunakan sebuah kapal angkasa yang terbang pada kelajuan 24,000 kilometer sejam untuk melanggar dan meletupkan seketul asteroid pada tahun depan.

Menurut agensi angkasa lepas tersebut, rancangan itu bakal dilaksanakan sebagai ‘langkah pertahanan sistem planet’.

Ujian Pengalihan Semua Asteroid Berganda (DART) dilakukan untuk mengenal pasti sama ada langkah itu berkesan untuk  menukar laluan asteroid yang boleh mengancam Bumi pada masa akan datang.

“Biarpun kini tiada asteroid dikesan boleh membahayakan Bumi, namun masih terdapat sejumlah batu angkasa yang bila-bila masa akan mengancam planet ini.

“Tujuan utama ujian ini adalah menghancurkan asteroid berkenaan terlebih dahulu sebelum mencetuskan bahaya kepada Bumi,” kata Pegawai Pertahanan Planet NASA, Lindley Johnson.

Kapal angkasan DART dijangka dilancarkan menggunakan roket Falcon 9 milik SpaceX pada pukul 10.20 malam waktu Pasifik pada 23 November ini di Pangkalan Angkasa Vandenberg di California.

Sekiranya pelancaran berjaya, letupan asteroid yang berjarak 10.1 juta kilometer dari Bumi akan berlaku antara 26 September dan 1 Oktober tahun depan.

Asteroid yang menjadi sasaran itu dinamakan Dimorphos dan mempunyai diameter 160 meter, selain mengorbit satu lagi asteroid yang lebih besar, iaitu Didymos.

Dimorphos melengkapkan orbit di sekeliling Didymos dalam tempoh setiap 11 jam dan 55 minit, sama seperti ‘pusingan jam’.

Kapal angkatan DART seberat 549 kilogram itu dijangka tidak memusnahkan sepenuhnya asteroid berkenaan, sebaliknya hanya ‘mengalihkan sedikit kedudukannya dari orbit asteroid Didymos’. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya