NASA lancar misi kapal angkasa hentam asteroid - Utusan Malaysia

NASA lancar misi kapal angkasa hentam asteroid

ROKET Falcon 9 milik SpaceX yang membawa DART dilancarkan dari Pangkalan Angkatan Angkasa Vanderberg di California. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Agensi Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) telah melancarkan misi kapal angkasa bagi menghentam asteroid.

Misi itu merupakan satu ujian sekiranya manusia perlu menghentikan batu angkasa gergasi daripada melenyapkan kehidupan di Bumi.

Katanya, Ujian Haluan Semula Asteroid Berganda (DART) dilancarkan pada pukul 1.20 pagi (waktu tempatan) di atas roket Falcon 9 milik SpaceX dari Pangkalan Angkatan Angkasa Vandenberg di California.

“Semua sistem dan cuaca kelihatan dalam keadaan baik bagi pelancaran SpaceX Falcon 9,” menurut ciapan syarikat Elon Musk di Twitter semalam.

Kata laporan itu, pelancaran disiarkan secara langsung menerusi NASA TV.

Muatan DART itu akan mengambil masa kira-kira 10 bulan untuk sampai ke sistem asteroid binari yang berada pada jarak 11 juta kilometer (km) dari bumi.

Dalam pada itu, laporan tersebut menyatakan, pelancaran itu adalah untuk mengubah sedikit pergerakan asteroid anak bulan Dimorphos sekitar 160 meter atau sebesar saiz dua Patung Liberty.

Ia mengelilingi asteroid yang lebih besar dipanggil Didymos yang mempunyai diameter 762 meter dan kedua-duanya mengorbit matahari secara bersama.

NASA sebelum ini mendedahkan misi DART itu bernilai AS$ 330 juta (RM1.3 bilion).

Dilaporkan, terdapat 10,000 asteroid berdekatan bumi yang berukuran 140 meter yang dikenal pasti, namun tidak diketahui yang mana akan menghentam Bumi dalam masa 100 tahun akan datang. – AGENSI/REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya