Moderna mahu hasilkan vaksin cegah Omicron tahun depan - Utusan Malaysia

Moderna mahu hasilkan vaksin cegah Omicron tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Syarikat farmaseutikal, Moderna merancang untuk mengeluarkan vaksin Covid-19 yang boleh menentang varian Omicron seawal tahun depan.

Perkara itu diumumkann oleh Ketua Pegawai Perubatan Moderna, Paul Burton semalam.

“Kita perlu tahu vaksin sedia ada mampu memberikan perlindungan dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

“Namun, jika kita perlu menghasilkan vaksin baharu, perkara itu boleh dilaksanakan pada tahun depan,” katanya.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyifatkan varian Omicron sebagai varian yang membimbangkan (VOC).

Varian itu didakwa boleh bermutasi lebih banyak berbanding varian sebelum ini, sekali gus memudahkannya menembusi sistem imun badan manusia.

Dalam pada itu, Moderna mengarahkan ratusan petugasnya untuk mengkaji varian baharu tersebut sebelum vaksin baharu dihasilkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya