Lidah kanak-kanak melecur selepas makan lolipop masam - Utusan Malaysia

Lidah kanak-kanak melecur selepas makan lolipop masam

GAMBAR kanak-kanak sedang menangis sambil menunjukkan lidah yang melepuh. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang wanita memuat naik gambar ngeri menunjukkan lidah anak perempuannya yang melecur teruk akibat menghisap gula-gula lolipop masam dalam laman media sosial, sebagai usaha memberi amaran kepada ibu bapa lain.

Lapor Daily Star, Nikki Jurcuts yang merupakan bekas paramedik dan pendidik keselamatan kanak-kanak, menerima mesej teks bersama sekeping gambar daripada seorang ibu yang tertekan dengan insiden menimpa anaknya.

Gambar itu memaparkan kanak-kanak kecil itu menunjukkan lidah yang melepuh sambil menangis.

Wanita tersebut menghantar gambar mengejutkan itu kepada Jurcuts dalam usaha memberi amaran kepada ibu bapa lain agar tidak membenarkan anak-anak mereka makan gula-gula berasid.

Dilaporkan, anak perempuan wanita itu makan beberapa gula-gula masam kepunyaan abangnya.         

Jurcuts memuat naik tangkap layar teks mesej dan gambar dihantar oleh wanita berkenaan di laman Instagram, Tiny Hearts Education yang menjadi tular dan menerima lebih 4,700 tanda suka setakat ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya