Lelaki khayal hidu gam pukul warga emas sampai mati - Utusan Malaysia

Lelaki khayal hidu gam pukul warga emas sampai mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Seorang lelaki yang khayal selepas menghidu gam memukul seorang lelaki warga emas sehingga mati menggunakan kayu selepas mangsa enggan memberikannya rokok.

Kejadian itu berlaku di sebuah kuil di Wat Khiriwong di daerah Lan Saka, wilayah Nakhon Si Thammarat.

Suspek berusia 42 tahun, manakala mangsa berumur 67 tahun dan kedua-duanya tinggal di kuil tersebut kerana tidak mempunyai tempat tinggal.

Menurut polis, suspek mengaku dia menghidu gam sebelum kejadian itu berlaku.

“Suspek meminta rokok dari mangsa namun mangsa enggan memberikannya menyebabkan suspek hilang sabar lalu mengambil sebatang kayu dan memukulnya hingga mati,” jelas jurucakap polis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya