Lelaki cuba jual diri RM200,000 untuk keluar dari kemiskinan - Utusan Malaysia

Lelaki cuba jual diri RM200,000 untuk keluar dari kemiskinan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KARO: Seorang lelaki ditahan oleh pasukan polis Islam yang dikenali sebagai Hisbah kerana didapati cuba menjual dirinya pada harga AS$49,000 (RM203,710).

Kisah Aliyu Na Idris mula mendapat perhatian sejak penghujung Oktober lalu selepas dia didapati berjeaan satu bandar sambil membawa plakad tertulis ‘lelaki ini untuk dijual 20,000,000N’.

Ketika itu, lelaki berusia 26 tahun tersebut yang bekerja sebagai tukang jahit memberitahu media, dia terpaksa menjual dirinya bagi mendapatkan duit kerana terlalu miskin dan ingin memberi wang itu kepada ibu bapanya.

“Saya buat keputusan (jual diri) ini adalah disebabkan kemiskinan. Saya bercadang berikan sedikit duit kepada ibu dan ayah untuk mereka jalani kehidupan yang lebih selesa.

“Duit selebihnya, saya akan bayar cukai kerajaan dan menggunakannya untuk perbelanjaan harian,” katanya.

Aliyu memberitahu, ada pihak berminat untuk ‘membelinya’, namun mereka tidak bersetuju membayar harga yang diminta.

Namun, usaha lelaki itu menemukan kegagalan apabila ditahan Hisbah semalam.

Jurucakap Hisbah, Harun Ibn Sina mengesahkan penahanan Aliyu.

“Benar, kami sudah tahan Aliyu. Dalam Islam, kita tidak boleh menjual diri walau apa jua keadaan sekali pun, malah kita digalakkan berusaha sebaik mungkin dan berdoa supaya urusan dipermudahkan Allah SWT,” ujarnya.

Sementara itu, penahanan Aliyu mencetuskan kemarahan dalam kalangan orang ramai yang meminta dia dibebaskan dan diberi kaunseling.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya