Lagi teori baharu mengenai kehilangan pesawat MH370 - Utusan Malaysia

Lagi teori baharu mengenai kehilangan pesawat MH370

SEORANG daripada anak penumpang pesawat MH370, Grace Subathirai Nathan menunjukkan serpihan yang dipercayai milik pesawat berkenaan di Putrajaya pada November 2018. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Nasib pesawat Malaysia Airlines, MH370 sehingga kini belum diketahui sejak kapal terbang itu hilang secara misteri pada 8 Mac 2014.

Sejak itu, banyak teori muncul daripada pelbagai pihak mengenai kehilangan pesawat berkenaan dengan ada pihak yang mendakwa kapal terbang itu terhempas di Lautan Hindi sehinggalah disembunyikan di suatu tempat yang tidak diketahui.

Seorang jurutera aeroangkasa baru-baru ini membuat satu lagi teori baharu mengenai kehilangan MH370 berdasarkan kajian dan pemerhatiannya.

Richard Godfrey mendakwa, pesawat itu berada dalam keadaan ‘holding pattern‘ atau posisi di ketinggian tertentu yang kebiasaannya dilakukan sambil menunggu giliran untuk mendarat.

Jelasnya, pesawat itu berada dalam posisi tersebut selama 22 minit berdasarkan pemantauannya menggunakan teknologi revolusi yang digelar WSPRnet.

Menerusi teknologi tersebut, Godfrey menjejaki pesisir pantai di kepulauan Sumatera dan mendapati MH370 berada dalam posisi holding pattern dalam tempoh tertentu.

Jurutera itu juga memberitahu, dia boleh menjejaki sebarang pesawat di mana jua atau bila-bila masa dengan menggunakan set peralatan khas.

“Apa yang saya temukan adalah, MH370 memasuki holding pattern kira-kira pukul 7.19 malam waktu tempatan.

“Pesawat itu berada dalam posisi berkenaan selama 22 minit sehingga 7.34 malam dan berdasarkan maklumat satelit, data itu menepati masa dan kedudukan pesawat tersebut,” katanya.

Godfrey menyatakan, ketika melakukan holding pattern, MH370 berada 150 batu nautika dari perairan Sumatera.

Kemunculan teori baharu itu secara tidak langsung menimbulkan persoalan mengapa juruterbang pesawat itu, Zaharie Shah atau pihak yang mengawal kapal terbang itu melakukan holding pattern.

“Jika matlamat juruterbang ingin membuat MH370 hilang tanpa jejak, mengapa perlu bazirkan minyak dengan melakukan holding pattern dan kenapa tidak menuju ke kawasan paling terpencil di Lautan Hindi?,” soal Godfrey.

Sementara itu, Godfrey menyasarkan untuk melengkapkan penjejakan MH370 menjelang hujung bulan ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya