Kot pertama di dunia dihasilkan dari misai manusia - Utusan Malaysia

Kot pertama di dunia dihasilkan dari misai manusia

KOT yang dihasilkan dari misai manusia .- POLITIX
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELBOURNE: Jenama pakaian lelaki di Australia, Politix bekerjasama dengan pelukis visual, Pamela Kleeman-Passi untuk mereka cipta kot unik menggunakan misai lelaki. 

Lapor Oddity Central, usaha itu merupakan sebahagian daripada Movember yang merupakan acara tahunan menggalakkan golongan lelaki di seluruh dunia menyimpan misai dalam bulan November.

Langkah itu bertujuan memupuk kesedaran mengenai masalah kesihatan serius dalam kalangan lelaki seperti kanser prostat dan testikel.  

Kot yang diberi nama ‘Mo-Hair’ dibuat dari fabrik unik oleh Passi yang mempunyai alasan tersendiri terlibat dalam projek itu.

Katanya, dia menghasilkan rekaan itu sempena mendiang suaminya yang meninggal dunia akibat kanser prostat dan kolorektal pada 2016. 

Passi mendapat bekalan misai asli dari Sustainable Salons yang merupakan salon rambut yang melaksanakan program kitar semula rambut dan misai terkumpul dari pelbagai salon.

Sejak projek itu bermula, orang ramai mula menghantar potongan misai dan rambut mereka sebagai sumbangan. 

Passi akan menjahit semua misai bersama-sama kapas untuk mencipta fabrik asli itu, sebelum diserahkan kepada pengurus reka bentuk Politix, Paul Burden yang akan memotongnya menjadi kot. 

Bagi mengelakkan kegatalan apabila misai itu mengenai kulit, Politix akan melapik jahitan itu sebelum dipakai. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya