Korban Covid-19 di seluruh dunia cecah lima juta orang - Utusan Malaysia

Korban Covid-19 di seluruh dunia cecah lima juta orang

SUKARELAWAN Covid-19 mengebumikan jenazah Covid-19 di tanah perkuburan Rorotan, Jakarta, Indonesia. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Seramai lima juta orang meninggal dunia akibat Covid-19 di seluruh dunia sejak wabak maut itu didakwa muncul buat pertama kali di China hampir dua tahun lalu.

Data terbaharu itu diperoleh hampir empat bulan selepas jumlah kematian global akibat koronavirus mencecah empat juta orang.

Jumlah kematian harian dunia pula dilaporkan berada di bawah 8,000 buat pertama kali dalam tempoh setahun.

Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, jumlah kes dan kematian akibat Covid-19 meningkat dalam tempoh dua bulan susulan peningkatan kes di Eropah.

“Rusia menyaksikan kes jangkitan dan kematian tertinggi setakat ini iaitu melebihi 1,000 kematian sehari sejak 20 Oktober lalu.

“Ukraine dan Romania turut menjadi antara negara Eropah yang merekodkan kes jangkitan serta kematian Covid-19 tertinggi, dengan purata 546 dan 442 kematian sehari,” katanya.

Amerika Latin dan kepulauan Caribbean pula menjadi rantau paling tinggi mencatatkan kes kematian akibat Covid-19 iaitu 1,521,193 kes sejak pandemik bermula. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya