Kemboja buka pintu kepada pelancong antarabangsa mulai hari ini - Utusan Malaysia

Kemboja buka pintu kepada pelancong antarabangsa mulai hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHNOM PENH: Bemula hari ini, Kemboja membuka pintu sempadan kepada pelancong antarabangsa yang sudah lengkap divaksin dan mereka tidak perlu menjalani kuarantin selepas memasuki negara ini.

Sekatan perjalanan yang dilaksanakan untuk mengekang penularan Covid-19 menyebabkan industri pelancongan Kemboja terjejas teruk.

Perdana Menteri Hun Sen membuat pengumuman mengejut mengenai kebanaran itu semalam dan menyaksikan semua pelancong asing dan golongan ahli perniagaan antarabangsa boleh masuk ke Kemboja tanpa kuarantin.

Selain itu, para pelancong juga dibenarkan mengnjungi semua destinasi pelancongan di seluruh Kemboja tanpa sebarang sekatan perjalanan.

Pelancong yang ingin masuk ke negara ini hanya perlu menunjukkan dua keputusan ujian Covid-19 yang negatif, yang diambil dalam tempoh kurang 72 jam sebelum perjalanan dan satu lagi selepas tiba di Kemboja.

Sementara itu, pelancong yang belum atau enggan menerima vaksin Covid-19 perlu menjalani kuarantin selama 14 hari selepas tiba di negara ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya