Kemaluan lelaki digigit ular tedung dalam mangkuk tandas - Utusan Malaysia

Kemaluan lelaki digigit ular tedung dalam mangkuk tandas

PATUKAN ular tedung boleh menjadi serius dan membawa maut jika tidak dirawat dengan cepat.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CAPE TOWN: Seorang lelaki terpaksa menjalani pembedahan mencantumkan semula kemaluan selepas dipatuk oleh ular tedung semasa berada di dalam tandas di sebuah safari di Afrika Selatan.

Lapor Daily Mail, lelaki berusia 47 tahun dari Belanda itu digigit oleh ular tedung sangat berbisa yang bersembunyi di dalam mangkuk tandas tersebut.

Mangsa terpaksa menunggu selama tiga jam bagi menunggu helikopter kecemasan membawa dirinya ke hospital berdekatan sejauh 350 kilometer dari lokasi kejadian.

Lelaki itu mula merasakan kulitnya seperti terbakar dan kemaluannya mula membengkak dan bertukar menjadi warna ungu.

Perubahan itu merupakan tanda-tanda nekrosis skrotum atau ‘penyakit makan daging’.

Pakar perubatan yang melaporkan kes itu dalam Laporan Kes Urologi berkata, lelaki itu menjadi kes perubatan pertama ular tedung menggigit kemaluan manusia.

Jelasnya, sejumlah besar tisu dalam kemaluan mangsa tidak dapat dipulihkan dan terpaksa dipotong.

Sembilan hari kemudian, warga Belanda itu dihantar pulang ke negara asalnya dengan lebih banyak tisu kemaluan yang mati terpaksa dikeluarkan.

Pakar bedah di Belanda kemudian menggunakan tisu dari pangkal paha mangsa untuk menggantikan tisu mati yang hilang akibat gigitan ular di kemaluan mangsa.

Orang ramai diingatkan supaya sentiasa mengepam tandas sebelum duduk di mangkuk jamban di negara yang terkenal dengan populasi ular.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya